Bagaimana Set Hidroponik dapat membantu ekonomi negara?
Kenapa kami berani mengakui bahawa produk Hidroponik ini membantu ekonomi negara?
Tahukah anda bidang pertanian menyumbang kira-kira 45% daripada pendapatan negara. Keadaan semasa terutamanya ekonomi dunia yang mengalami kejatuhan baru-baru ini telah membuatkan mengeluh. Justeru itu berbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia termasuk mengurangkan import bahan makanan dari luar negara demi mengurangkan perbelanjaan negara.
Apa pula sumbangan Hidroponik dalam bidang ini?
Sebenarnya kami membantu para petani dari segi pertanian komersil untuk mendapatkan hasil tanaman yang lebih cepat membesar dan bersih. Misalnya dengan memberi peluang kepada para petani tempatan untuk mencuba set Hidroponik ini, para petani boleh menanam tanaman komersil seperti cili, pegaga, lobak, tembikai, pisang dan sebagainya. Jadi, dengan pengenalan kepada kaedah ini kepada para petani, negara kita dapat meningkatkan hasil pengeluaran hasil tanaman dan boleh digunakan untuk dieksport ke luar negara.
Ini fakta-fakta berkenaan kepentingan bidang pertanian kepada ekonomi Malaysia yang secara tidak langsung memberi manfaat kepada penggunaan Set Hidroponik.
- Pertanian juga menyebabkan Malaysia menjadi pengekspot utama bagi getah dan minyak kelapa sawit dunia.
- Membekalkan bahan makanan seperti beras, sayur-sayuran, buah-buahan, kopi dan sebagainya.
- Hampir 1/4 daripada pertukaran wang asing datangnya daripada hasil pertanian (hasil ekspot kelapa sawit, getah, lada hitam, nanas, kelapa kering).
- Pertanian menggalakkan perkembangan sektor industri pemprosesan hasil pertanian.
- Mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar.
| < Sblm |
|---|
















