Adakah Set Hidroponik memberi peluang untuk berniaga?
Kami juga menawarkan peluang perniagaan kepada sesiapa dengan menjadi pengedar bagi produk hidroponik kami. Dengan adanya peluang begini kami berjaya mengurangkan masalah penggangguran di samping membantu para petani mendapatkan hasil yang lebih baik dalam pertanian mereka.
Sekiranya menjadi pengedar, kami akan bekalkan anda dengan 13 set Hidroponik berserta dengan cd penanaman dan banting melalui pakej RM500.00. Banyak manfaat yang anda dapat dengan set Hidroponik ini contohnya jika anda menjual semula set Hidroponik ini, anda akan mendapat pulangan lumayan kerana pelanggan-pelanggan kami terdiri daripada seluruh masyarakat Malaysia. Kami akan namakan anda sebagai pengedar sekiranya terdapat pelanggan yang ingin membeli Set Hidroponik di kawasan berdekatan anda. Contohnya sekiranya anda tinggal di kawasan Selangor, pelanggan dari Kuala Lumpur dan Selangor akan kami rujuk kepada anda untuk membeli set Hidroponik ini.
Di Malaysia sahaja peluang pekerjaan telah terbuka kepada 35% penduduk Malaysia (melebihi 2 juta orang penduduk Malaysia untuk terlibat dalam pertanian). Justeru, dengan pengenalan set Hidroponik ini dapat membantu pengusaha pertanian untuk mencuba menanam menggunakan kaedah ini.
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|
















