Apakah Petua Penjagaan Yang Perlu Saya Titik Beratkan?
PETUA PENJAGAAN HIDROPONIK
Penjagaan hidroponik sangat mudah dan jika rajin, hasilnya juga akan amat memuaskan. Di sini saya senaraikan petua-petua penjagaan yang perlu dalam tanaman hidroponik ini.
1.Letakkan set hidroponik ditempat yang sesuai seperti ditepi rumah(koridor), beranda, patio, porch atau di bawah 'greenhouse' . Pastikan ia mendapat cahaya matahari yang cukup sekurang-kurangnya separuh hari samada pagi atau petang.
2.Elakkan daripada air hujan terus masuk kedalam takungan hidroponik kerana ia akan menganggu campuran larutan air dan baja.(Air yang berlebihan akan mengurangkan keberkesanan baja terhadap tumbuhan)
3.Pastikan lubang bakul media ditutup rapat untuk mengelakkan kemasukan dan pembiakan nyamuk ke dalam bekas takungan.
4.Selepas 3 minggu atau bila air kelihatan berkurangan, tambahkan air (tanpa baja) ke dalam takung. Paras air mestilah tidak melebihi 1/2 daripada takung.
5.Oleh kerana jangkamasa matang bagi setiap jenis sayur berlainan, hanya satu jenis tanaman/benih bagi setiap takungan disyorkan.
- Kangkong 3 minggu
- Sawi 4 minggu
- Cili 6 minggu
- Bayam 4 minggu
6.Biarkan tanaman anda sehingga 4 ke 5 minggu untuk dipungut hasilnya mengikut jenis tanaman tanpa perlu menambahkan larutan baja dan menyiram.
7.Setelah dipungut hasil, basuh takungan, penutup dan bakul media. Gantikan benang dan gunakan semula baki larutan baja yang disimpan dahulu untuk penanaman baru. Air baja yang telah digunakan boleh dicurah / disiram pada pokok bunga atau tanaman lain kerana masih ada lagi saki baki baja .
8. Jika larutan baja terlalu pekat, daun akan menjadi hijau tua, melengkung/kerinting,daun tebal dan rapuh. Jika larutan terlalu cair, pokok akan terencat / bantut dan lambat membesar, daun akan kekuningan nipis dan tidak melengkung.
9. Bancuhan baja hidroponik juga seeloknya digaul sekurang-kurangnya setiap 3 hari untuk memastikan zat baja hidroponik tidak termendap ke bawah takung menyebabkan akar sementara(benang media) tidak dapat menyerap zat baja hidroponik. Ia akan melambatkan proses tumbesaran tumbuhan.
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|
















