Adakah Set Hidroponik menjamin kesihatan yang lebih baik?
Bagaimana kami begitu pasti untuk memberikan jaminan kepada kesihatan anda?
Kami ada bukti yang menunjukkan set Hidroponik ini adalah baik untuk kesihatan terutamanya dari segi penggunaan baja dan racun. Baja hidroponik yang digunakan untuk set Hidroponik ini merupakan pengalaman kami dalam bidang agriculture ini.
Takukah Anda?
Kebanyakan makanan yang kita makan hari ini 90% telah dicemari. Malah sayur-sayuran dan buah-buahan yang selalu dibeli dipasar tidak lagi terjamin kualiti dan kebersihannya kerana kebanyakan logam berat seperti Kadium terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan (dari tanah). Kesannya, ia akan membantutkan perkembangan pemikiran dan fizikal terutama pada kanak-kanak. Jika dari kecil lagi kanak-kanak memakan sayur-sayuran dan buah-buahan tercemar, bayangkan apa yang akan terjadi padanya apabila besar kelak.
Ianya adalah disebabkan oleh penggunaan racun serangga yang berlebihan oleh para petani mahupun pengusaha ladang batau kebun. Secara tidak langsung, penggunaan racun serangga tersebut telah menyebabkan pencemaran tanah serta mengurangkan kualiti tanah. Pencemaran tanah ini juga telah menyebabkan haiwan di bawah tanah ataupun apa-apa sahaja hidupan di dalam tanah lupus seperti cacing. Ini kerana semburan racun meresap kedalam tanah tersebut sehingga mengganggu habitat haiwan dan tumbuhan tersebut.
Bagaimana untuk mengelak daripada kesan pencemaran tanah?
Set Hidroponik memberi kesan semulajadi kepada tanaman yang ditanam. Ianya tidak mencemarkan alam sekitar dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi seperti tanaman di atas tanah. Justeru itu, tanaman hidroponik adalah peluang terbaik anda untuk mendapatkan jaminan kesihatan yang lebih baik.
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|
















