Home
FAQs
Kelebihan dan kelemahan hidroponik
KELEBIHAN HIDROPONIK
- Tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman. Maka pengeluaran sayuran tetap dapat dijalankan walaupun berada di kawasan yang tidak subur, kurang sumber air, tidak mempunyai saluran baik dan kawasan tanah bermasalah
- Tidak memerlukan sistem giliran tanaman
- Sayuran tumbuh dengan lebih cepat disamping pengeluaran hasil yang seragam sepanjang masa.
- Penggunaan baja dan air yang terkawal dan 'efficient'. Tumbuhan mendapat nutrien yang mencukupi mengikut keperluan disamping tiada persaingan untuk mendapatkan air dan nutrien. Pembaziran baja juga tidak berlaku kerana ia tidak mengalami larut lesap.
- Pengawalan penyakit dan proses yang cekap selain bersih dan bebas daripada sebarang racun perosak.
- Pencemaran alam sekitar turut berkurangan berikutan penggunaan bahan kimia yang minimum.
- Tidak memerlukan tenaga pekerja yang ramai
- Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.
KELEMAHAN HIDROPONIK
- Memerlukan kos awal yang agak tinggi
- Hidroponik merupakan satu sistem tertutup. Sebarang patogen atau ketidakseimbangan nutrien akan mempengaruhi keseluruhan tanaman. Tumbuhan boleh mati dengan cepat jika sistem gagal.
- Tumbuhan yang ditanam secara hidroponik selalunya lebih mahal daripada yang ditanam biasa