Home FAQs Apa itu Hidroponik?

Apa itu Hidroponik?


    

 

APAKAH HIDROPONIK?

Hidroponik berasal daripada perkataan Greek hydro iaitu air dan ponos yang bermaksud bekerja. Ia adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini hanya menggunakan air dan larutan nutrien atau baja khas sebagai agen utama untuk pertumbuhan. Kaedah hidroponik sangat mudah dan menyenangkan serta tidak memerlukan kos yang tinggi untuk penyelengaraan. Hidroponik adalah kaedah tanaman yang tidak melibatkan pengeluaran peluh malahan dengan kos yang rendah pengguna dapat menjimatkan wang mereka daripada membeli sayur dari pasar yang tidak diketahui jaminannya.

 

 

SEJARAH HIDROPONIK

Mengikut sejarah, kaedah ini telah lama digunakan sejak kurun ke-16 Masihi. Taman Tergantung Babylon dipercayai telah menggunakan hidroponik ini sebagai satu kaedah penanaman tanaman. Pada tahun 1937, W.F. Gericke dari Pusat Penyelidikan Pertanian California, Amerika Syarikat telah memperkenalkan kaedah ini secara komersil. Sejak itu sistem hidroponik ini diperkembang dan diperkemaskan dengan pelbagai teknik yang direka khas sesuai untuk tujuan komersil.

 

 

 

KELEBIHAN HIDROPONIK

Hidroponik ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman biasa yang menggunakan tanah seperti berikut:

  • Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lain-lain;
  • Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi;
  • Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak;
  • Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul;
  • Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien;
  • Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.



KAEDAH HIDROPONIK

Sistem Pengaliran Nutrien

Kaedah hidroponik memerlukan perbelanjaan agak rendah jika dibandingkan dengan kaedah biasa bagi mendapatkan alat-alat seperti berikut:

i) Pam air untuk akuarium.

ii) Tempat tanaman (diperbnat daripada paip PVC, dulang plastik dan bahan-bahan lain seperti kayu, papan lapis, tin besi, yang perlu dialas dengan kepingan plastik yang tebal).

iii) Tangki untuk larutan nutrien.

iv) Tenaga elektrik.

v) Pasu plastik kecil (jika perlu).



Sistem Takung

Bagi sistem takung punca peralatan berikut adalah diperlukan:

i) Takung tanaman.

ii) Penutup (diperbuat daripada polisterin, plastik).

iii) Pasu plastik kecil (jika perlu).

 

 

 

 

KAEDAH PENANAMAN

Kedua-dua sistem penanaman di atas boleh menggunakan kaedah penanaman seperti berikut:-

Cara Mengubah:

  • Semai biji benih menggunakan pasir kasar atau sabut kelapa halus
  • Keluarkan anak benih (bersihkan akar anak benih)
  • Pindahkan anak benih ke tempat tanaman (Letakkan 1-2 pokok benih untuk satu lubang tanaman. Takung tanaman hannya mengandungi air sahaja.)
  • Selepas dua hari baja separuh kepekatan dilarutkan untuk menyokong pokok
  • Selepas tujuh hari, masukkan baki baja supaya larutan nutrien mencapai kepekatan penuh


Cara Semaian terus

  • Sumbatkan benang basah dan tarik untuk buat sumbu
  • Masukkan dalam lubang tempat tanaman yang mengandungi air
  • Semaikan 2-3 biji benih atas benang basah
  • Selepas 7-10 hari, masukkan baja (kepekatan penuh) dalam air

*Larutan nutrien perlu ditambah (tertakluk kepada keperluan) sehingga hasil dituai untuk kedua-dua kaedah penanaman.



Larutan Nutrien

Kadar baja yang diperlukan untuk sayur jenis daun jika larutan nutrien disediakan sendiri adalah seperti berikut :-

BAJA

BERAT (g)

UNSUR KEPEKATAN (bsj)

Ammonium nitrat

75

N 300

Kalium fosfat

40

P 80

Kalium nitrat

32

K 230

Kalsium klorida

55

Ca 200

Magnesium sulfat

18

Mg 36

Besi/Ferum (Fe-EDTA)

3.29

Fe 5

Boron

0.56

B 1.0

Manganous chloride

0.18

Mn 0.5

Kuprum sulfat

0.04

Cu 0.1

Zingkam sulfat

0.05

Zn 0.1

Ammonium molybate

trace

Mo trace

Baja komersil (Gred)



Pertanian atau industri

  • Gred teknikal



Berita kementerian pertanian dan perikanan, januari-jun 1998, m/s 21-22


Visitors Counter
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday43
mod_vvisit_counterYesterday255
mod_vvisit_counterThis week1648
mod_vvisit_counterThis month43
mod_vvisit_counterAll52146
CHAT WITH US!
HUBUNGI KAMI:

TROPICAL BIOESSENCE MARKETING Email: kazzponik@yahoo.com  Hotline: 013-6002842 (Cik Ann)

Translator
Stokis diperlukan

Kami ingin mencari stokis negeri bagi setiap negeri di Malaysia bagi mempermudahkan pelanggan kami mendapatkan produk Hidroponik dan baja cecair. Bagi sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan kami di:

Hotline :013-6002842 (Cik Ann)

EMAIL : kazzponik@yahoo.com

Link Kami

Photobucket

Our Sponsors


BlogMalaysia.com

Dmegs Web Directory

Home & Garden blogs

TopOfBlogs

AnooX banner here

Gardening blogs & blog posts

Blog Directory & Search engine
Blog Directory

Web Hosting India

Official Free Search Engine Submission

Free Website Search Engine Submission

Best Links
Set Hidroponik

set hidroponik

Baja Cecair

Photobucket

Pelawat kami