Home FAQs Apa itu Hidrokultur?

Apa itu Hidrokultur?

 

APA ITU HIDROKULTUR?

Hidrokultur adalah satu kaedah hidroponik di mana tanaman membesar menggunakan media air dan nutrien melalui tindakan kapilari. Kandungan tanah seperti LECA dan Hydroton boleh digunakan untuk membantu tanaman membesar dengan menggunakan kaedah hidroponik.

Tanaman hidrokultur juga boleh digunakan sebagai rawatan sampingan. Cara paling mudah untuk tanaman hidrokultur ialah dengan mengambil keratan batang dan letakkan larutan air baja di dalam bekas seterusnya letak akar di dalam air baja tersebut.

Orang yang sukakan tanaman akan menghargai hidrokultur sebagai satu cara mudah untuk menanam. Dengan menggunakan kaedah ini, tanaman akan mendapat bekalan air dan nutrien yang cukup untuk jangka masa yang lama. Tanaman hidrokultur mencipta keunikan dan kecantikan ruangan rumah anda serta meningkatkan kualiti hidup anda. Ianya juga membantu meningkatkan kesihatan, alam sekitar serta meningkatkan udara yang bersih.


 

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG HIDROKULTUR

Adakah ini adalah kaedah baru untuk tanaman dalam rumah?
Tidak. Hidrokultur telah digunakan sejak beberapa dekad yang lalu. Ia kemudian digunakan secara meluas di Eropah. Di Holland, Switzerland dan Jerman, 1/3 hingga ½ daripada tanaman dalam rumah ditanam tanpa menggunakan tanah.

Penyiraman yang berlebihan(over-watering) adalah satu penyebab utama kematian tanaman dalam rumah. Jadi bagaimana tanaman hidrokultur boleh bertahan memandangkan ianya membesar dalam air?
Jawapannya sudah tertulis dalam soalan tadi: ‘membesar dalam air’. Dalam kaedah hidrokultur, tanaman dalam rumah biasanya membesar dengan air bukan dalam air. Selagi akar pokok tidak tenggelam di dalam air, tanaman itu tidak akan mati kerana penyiraman yang berlebihan.

 

TAHUKAH ANDA?

TANAMAN HIDROKULTUR MENINGKATKAN KUALITI UDARA DI DALAM RUMAH ANDA.

Di rumah mahupun tempat kerja udara juga boleh tercemar disebabkan oleh proses penyejatan daripada bahan pejal, perabot, peralatan elektrik atau asap rokok. Ianya telah terbukti dimana tanaman berfungsi sebagai penapis biologi kepada pencemaran. Tanaman hidrokultur boleh melawan pencemaran melalui liang stoma yang terdapat pada daun. Akar pula memainkan peranan untuk membersihkan udara. Racun seperti nikotin, formaldehyde, benzene dan phenol boleh dikurangkan menggunakan cara biologi melalui micro-organisma yang terdapat pada kawasan akar.


Kepentingan hidrokultur di tempat kerja

  • Keadaan yang lebih selesa melalui kelembapan udara yang lebih baik

  • Udara yang lebih segar dan bersih

  • Meningkatkan oksigen

  • Atmosfera yang menyenangkan

  • Bebas dari pencemaran seperti nikotin, formaldehyde dan sebagainya.

  • Meningkatkan komunikasi

  • Pekerja menjadi lebih sihat

  • Motivasi dan prestasi meningkat


Kepentingan hidrokultur di rumah

Di rumah, kita biasanya menghabiskan masa sama ada untuk bersantai mahupun tidur. Kini, kebanyakkan rumah terutamanya warga yang tinggal di rumah-rumah flat, pangsapuri, apartment dan kondominium tidak mempunyai ruang untuk menanam pokok bunga kerana tiada tanah mahupun halaman yang luas. Namun dengan adanya kaedah hidrokultur, kita dapat mengatasi masalah tersebut kerana kaedahnya yang mudah tanpa memerlukan penggunaan tanah tetapi cuma air dan baja cecair yang mudah digunakan.

Walaupun berada di rumah, kita turut terdedah kepada bahaya pencemaran yang tinggi kerana kebanyakkan rumah kini menggunakan air-conditioner yang sebenarnya menjurus kepada pencemaran udara yang lebih serius. Mahukah anda melihat ahli keluarga anda jatuh sakit kerana menghirup udara kotor di rumah?

 

TAHUKAH ANDA???

STATISTIK MENUNJUKKAN KEBANYAKKAN KITA MENGHABISKAN MASA 22JAM SEHARI DI KAWASAN TERTUTUP(DALAM BANGUNAN)

 

Kita menghabiskan masa di kawasan tertutup iaitu:

  • 8 jam bekerja

  • 7 jam di rumah

  • 7 jam di tempat tidur

Statistik Ini Menunjukkan Betapa Pentingnya kesihatan udara Di Kawasan Tertutup Untuk Jaminan Kesihatan Yang Lebih Baik.

 

Kepentingan hidrokultur kepada kita

Kita semua tahu bahawa pencemaran udara di luar boleh merosakkan kesihatan kita. Melalui kajian yang dilakukan kebelakangan ini, kita tahu bahawa kualiti udara di dalam rumah lebih buruk bebanding di luar.

Sebagai generasi yang telah mencatat kemajuan, banyak rekaan-rekaan bangunan-bangunan yang kedap udara (air-conditioner) dibina. Hal ini membawa kepada pendedahan terhadap ancaman pencemaran udara di dalam bangunan itu sendiri.

Mengikut kajian hampir 90% individu menghabiskan masa diluar rumah sebagai langkah penting bagi meningkatkan kesihatan. Tahap pencemaran yang tinggi membawa kepada sindrom bangunan sakit iaitu batuk kering, kegatalan kulit, pening, loya, sakit kepala, mata, hidung atau kerongkong, kesukaran untuk menumpukan perhatian kepada tugas atau pembelajaran dan alahan pada udara. Gejala-gejala ini akan reda apabila anda meninggalkan bangunan tersebut dan berada di luar bangunan dan tidak lagi terdedah kepada kualiti udara yang teruk.

Sekian lamanya kita memilih peralatan buatan manusia untuk membersihkan udara sebagai salah satu cara yang berkesan untuk mengawal pencemaran udara. Tetapi tanpa kita sedari alam semulajadi sudahpun memberi kita ubat terbaik dan penyelesaian semula jadi.

 

 

Tahukah anda, tumbuh-tumbuhan akan menyerap bahan pencemar pada daun dan menghantar bahan toksin yang diserap ke akar mereka.

Toksin-toksin tersebut akan ditukar menjadi makanan untuk tumbuh-tumbuhan. Itu adalah salah satu cara bagi tummbuh-tumbuhan untuk meneutralkn udara. Satu cara lagi adalah dengan mengeluarkan air wap, yang merupakan satu tindakan pengepaman. Aktiviti pengepaman akan menarik udara yang kotor jatuh ke kawasan akar, di mana ia adalah tempat atau punca makanan.

Penemuan kaedah terbaru iaitu penanaman hidrokultur dalam persekitaran tertutup seperti dalam bangunan atau rumah dapat membantu membaikpulihkan keadaan persekitaran dalam bangunan. Tumbuhan hidrokultur tidak mengeluarkan spora atau kulapuk dalam bangunan malah mengurangkannya.

 

 

Tahukah anda, bilik-bilik yang mempunyai tumbuh-tumbuhan mampu mengelakkan 50-60 peratus bawaan bacteria. Dengan tanaman hidrokultur semua orang boleh menikmati faedah-faedah daripada yang udara bersih semulajadi dari planet kita.

Tanaman Hidrokultur amat popular dalam negara-negara Eropah. Mengapa? Ianya kerana hidrokultur adalah mudah, bersih dan anda akan dapat kejayaan lebih besar dalam meningkatkan kesihatan isi rumah anda

 

Kelebihan-kelebihan hidrokultur berbanding tanaman atas tanah

  • Lebih bersih daripada tanah

  • Tiada alahan

  • Tidak perlu menggantikan tempat pertumbuhan

  • Bebas bau

  • Pengudaraan punca yang bagus kerana kerikil jangan padat

  • Bebas dari makhluk perosak - tidak lipan-lipan, sowbugs, binatang perosak

  • Pembajaan hanya sekali setiap 4 - 6 bulan

  • Zat makanan teratur

 

Adakah air yang digunakan untuk hidrokultur ini akan membiakkan nyamuk?

Nyamuk bertelur pada permukaan air yang bersih/bertakung. Tetapi dalam hidrokultur tiada istilah ‘permukaan air’. Ini kerana paras air yang digunakan adalah kira-kira 1 inci dari penutup/mulut bekas. Jadi, jangan bimbang akan pembiakan nyamuk dengan kaedah tanaman hidrokultur ni.Anda juga boleh memelihara ikan didalam bekas hidrokultur anda.

 

Adakah hidrokultur sama seperti self-watering pots?
Walaupun ianya berkongsi sedikit persamaan di mana kedua-dua kaedah ini menggunakan cara pemberian air yang cukup tetapi terdapat perbezaan yang ketara antara keduanya. Hidrokultur tidak memerlukan tanah secara amnya. Ianya telah melangkah satu langkah ke hadapan dengan menukarkan tanah dengan media steril (dikenali sebagai hydroton. Dengan self-watering pots, ianya kemungkinan memerlukan penyiraman yang banyak kerana ia masih memerlukan tanah.

 

Bagaimana tumbuhan boleh membesar tanpa tanah?
Tanaman dalam rumah tidak memerlukan tanah untuk membesar. Tanah sebenarnya tidak diperlukan untuk kesihatan tanaman. Tanaman memerlukan udara, air, nutrient dan cahaya matahari untuk membesar yang mana memang telah disediakan melalui sistem hidrokultur ini.

 

TAHUKAH ANDA??

IKAN DAPAT HIDUP DALAM AIR BANCUHAN BAJA CECAIR KAZZ TANPA PAM OKSIGEN DAN ANTI-KLORIN!

Visitors Counter
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday43
mod_vvisit_counterYesterday255
mod_vvisit_counterThis week1648
mod_vvisit_counterThis month43
mod_vvisit_counterAll52146
CHAT WITH US!
HUBUNGI KAMI:

TROPICAL BIOESSENCE MARKETING Email: kazzponik@yahoo.com  Hotline: 013-6002842 (Cik Ann)

Translator
Stokis diperlukan

Kami ingin mencari stokis negeri bagi setiap negeri di Malaysia bagi mempermudahkan pelanggan kami mendapatkan produk Hidroponik dan baja cecair. Bagi sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan kami di:

Hotline :013-6002842 (Cik Ann)

EMAIL : kazzponik@yahoo.com

Link Kami

Photobucket

Our Sponsors


BlogMalaysia.com

Dmegs Web Directory

Home & Garden blogs

TopOfBlogs

AnooX banner here

Gardening blogs & blog posts

Blog Directory & Search engine
Blog Directory

Web Hosting India

Official Free Search Engine Submission

Free Website Search Engine Submission

Best Links
Set Hidroponik

set hidroponik

Baja Cecair

Photobucket

Pelawat kami